Download Nota Kursus VB

Kepada semua peserta kursus, anda boleh memuatturun nota dalam bentuk PDF pada link dibawah klik di sini ---> Kursus Visual Basic 6.pdf Tambahan Nota untuk Database Ringkas dalam VB - Database in Visual Basic.pdf

Thursday, June 25, 2009

Program SENTRI (dikemaskini)

Program SENTRI yang telah diceritakan pada post lepas telah dikemaskini. Beberapa pengemaskinian telah dibuat. antaranya menambah icon2, untuk menjadikannya lebih menarik.


Muka depan

Form untuk Data Baru

Form carian, kemaskini guna lokasi

Form carian, kemaskini guna no pendaftaran

p/s: aplikasi akan diupload kemudian

Tuesday, June 23, 2009

Projek Baru (SENTRI JKE)

Projek baru: Sistem Aset dan Inventori

- Hanya 2 jenis form ringkas sahaja yang cuba dibuat. Form Data Baru, Form Kemaskini.
FORM DEPAN
- ada 4 button, 2 untuk harta modal & 2 untuk inventori
- setiap button akan paparkan form baru

FORM DATA BARU


- form yang mudah, cuma masukkan data dan tekan button 'Simpan'

ATURCARA UNTUK BUTTON SIMPAN

Adodc1.Recordset.Fields("no pendaftaran") = txtNoPend.Text

Adodc1.Recordset.Fields("nama") = txtNamaAlat.Text

Adodc1.Recordset.Fields("jenama") = txtJenama.Text

Adodc1.Recordset.Fields("kategori") = txtKategori.Text

Adodc1.Recordset.Fields("no siri") = txtSiri.Text

Adodc1.Recordset.Fields("lokasi") = txtLokasi.Text

Adodc1.Recordset.Fields("objek lanjut") = txtObjLanjut.Text

Adodc1.Recordset.Fields("tarikh beli") = txtTBeli.Text

Adodc1.Recordset.Fields("harga") = txtHarga.Text

Adodc1.Recordset.Fields("no pesanan") = txtNoPend.Text

Adodc1.Recordset.Update

cmdSimpan.Enabled = False

FORM KEMASKINI

- form carian menggunakan lokasi. Text lokasi guna COMBOBOX. Nama lokasi dimasukkan secara manual dalam properties 'List'

-Sebelum tekan Button 'kemaskini', textbox tak boleh diedit (guna properties Locked)

p/s. contoh aplikasi telah diupload. Download di sini ---> sentri.zip (sila komen jika ada error)

Sunday, June 21, 2009

Projek-projek Kecil Kursus VB.

Di akhir kursus (18 jun ), semua peserta dibahagikan kepada kumpulan, dan sesi presentation untuk projek kecil telah dibuat.. Berikut adalah kumpulan yang berjaya mendapat Undian tertinggi dari kategori Projek kecil terbaik :


Tempat Pertama: Kumpulan 5 (En Noran, cik Fazlina, Cik Ai Fang)
Tempat Kedua: Kumpulan 4 (Pn Herlina, Pn Wan Nourul Akma, Cik Hamiza)
Tempat Ketiga: Kumpulan 6 (En Zuhaimi)
Tempat Keempat: Kumpulan 2 (Cik Hanisah, Pn Aziyana, Pn Noraini)
Tempat Kelima: Kumpulan 8 (Pn Azura, En Norzelan, En Rais)

Saguhati: Kumpulan 9 (Pn Wan Roslina, En Bahtiar),Kump 1 (Pn Faizah, Pn Rofingah), Kump 7 (En Kesavan, Pn Hayati), Kump 3 (Pn Najidah, Pn Norliza, Pn Sarina).
Berikut adalah projek-projek kecil yang telah dihasilkan. Sila klik pada link untuk download.
Download Aplikasi Kump 1 di sini --> Kump. 1.exe

Download Aplikasi Kump 2 di sini --> kump 2.exe

Download Aplikasi Kump 3 di sini --> Kump. 3.exe

Download Aplikasi Kump 4 di sini --> Kump. 4.exe

Download Aplikasi Kump 5 di sini -->
Kump. 5.exe

Download Aplikasi Kump 6 di sini --> Kump 6.exe

Download Aplikasi Kump 7 di sini --> kump 7.exe

Download Aplikasi Kump 8 di sini --> kump 8.exe

Download Aplikasi Kump 9 di sini --> Kump. 9.exe

TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA

Thursday, June 18, 2009

AKTIVITI 3 - MEMBUAT ATURCARA

1. Bersambung dari Aktiviti 2.0, buka Code Window.
2. Masukkan aturcara seperti di bawah:
Private Sub cmdPapar_Click()

lblPapar.Caption = "Nama anda " + txtNama.Text + ", berumur " + txtUmur.Text + " tahun."

End Sub
3. Jalankan (Run) aturcara. – Klik pada Run > Start atau tekan F5


4. Masukkan nama pada Textbox pertama (txtNama) dan masukkan Umur pada Textbox kedua (txtUmur). Kemudian klik butang Papar.

5. Kenalpasti keadaan yang berlaku kepada aplikasi.

6. Adakah anda mendapat keluaran seperti ini?


1.11 Menulis aturcara

1. Untuk menulis aturcara, anda perlu membuka Code Window dengan mengklik menu View > Code

2. Pada Code Window, kotak sebelah kiri menentukan objek yang akan dikenakan even, dan sebelah kanan pula untuk menentukan jenis even yang diberikan kepada objek tersebut.


Maksud Aturcara :
Apabila form frmpertama dibuka/dijalankan, warna latar belakang (BackColor) akan bertukar menjadi biru

1.10 Menyimpan (Save) Aplikasi Visual Basic

1. Apabila menyimpan aplikasi dalam Visual Basic, anda perlu mengambil kira menyimpan fail-fail berikut:
  • form (.FRM) dan modules (.BAS)
  • fail project (.VBP)

2. Terdapat 4 arahan Save yang terletak pada menu dalam Visual Basic.

  • Save [Form Name] : Menyimpan form atau module terpilih yang sedang digunakan dengan menggunakan nama fail yang sedang digunakan. Fail tersebut dikenalpasti dalam Project Window.
  • Save [Form Name] As :Sama fungsi dengan Save File, Cuma ia memberi pilihan untuk menukar nama fail yang hendak disimpan.
  • Save Project :Menyimpan semua forms dan moduls dalam projek yang sedang digunakan menggunakan nama fail projek yang sedang digunakan dan menyimpannya.
  • Save Project As :Sama fungsi dengan Save Project, Cuma ia memberi pilihan untuk menukar nama fail yang hendak disimpan.

AKTIVITI 2 - MEMBINA ANTARA MUKA, MENUKAR PROPERTIES

1. Bersambung dari Aktiviti 1.0, tukarkan setiap objek terlibat di dalam aplikasi yang dibina dengan properties berikut.


Form1
Name frmPaparan
Caption PAPARAN NAMA DAN UMUR

Label1
Caption Nama

Label2
Caption Umur

Label3
Name lblPapar
Caption [Kosong]

Command1
Name cmdPapar
Caption Papar

Text1
Name txtNama
Text [Kosong]

Text2
Name txtUmur
Text [Kosong]


2. Borang anda akan kelihatan seperti berikut:


3. Cuba jalankan (Run) aplikasi dan berhentikannya (Stop).

Monday, June 15, 2009

1.9 Menjalankan (Run) Program

1. Untuk menjalankan aplikasi, klik pada menu Run > Start atau menggunakan key F5

2. Aplikasi boleh dihentikan dengan menutup borang(form) atau klik pada 'X' atau klik pada Stop pada Toolbar.

1.8 Membuat aturcara dalam Visual Basic

1. Selain dari merekabentuk antaramuka, Visual Basic juga mempunyai sifat boleh diaturcara/program. Aturcara adalah arahan-arahan dalam bentuk kod-kod tertentu yang membolehkan Visual Basic membuat perkara yang dikehendaki.

2. Dua ciri terlibat dalam mengaturcara adalah Properties dan Event.
  • Properties – Menunjukkan ciri-ciri objek. Contoh BackColor menunjukkan warna latar belakang objek. Font pula menunjukkan ciri-ciri tulisan (saiz, jenis font) dan banyak lagi.

  • 2 cara untuk menukar properties:
    1) Menukar nilai pada Properties Window
    2) Membuat aturcara pada Code Window mengikut format berikut:
  • Contoh: Untuk menukar tajuk borang(form) pada aplikasi, dari Form1 ke ”Borang Saya” , kod yang perlu di taip adalah :

Form1.Caption = ”Borang Saya”

  • Event – menunjukkan perkara/even yang berlaku pada objek. Contoh kejadian/even: sesuatu button ditekan (contoh Command1), form dibuka(Load).
  • Contoh aturcara bagi Even (Tajuk form bagi Form1 akan bertukar kepada “Borang Saya” apabila form dibuka) :

Sunday, June 14, 2009

1.7 Menetapkan Properties untuk Objek pada Mod Rekabentuk

1. Setiap borang(form) dan objek mempunyai ciri-ciri(properties) tersendiri apabila anda memulai sesuatu projek. Terdapat 2 cara untuk memaparkan properties objek:

a) Klik pada Objek pada Form dan kemudian klik pada button Properties Window pada ToolBar.

b) Klik pada Properties Window dan kemudian Klik pada kotak Object pada Properties Window.

2. Kotak jatuh-turun (drop-down) pada bahagian atas Properties Window adalah kotak Object. Ia memaparkan nama untuk setiap objek dalam aplikasi serta jenisnya.


3. Setelah memilih objek, properties untuk objek tersebut akan terpapar. Properties boleh diubah dengan menaip nilai baru atau memilih dari pelarasan (setting) sedia ada.

4. Properties boleh dipaparkan melalui dua paparan : Mengikut Turutan Huruf (Alphabetic) dan Mengikut Kategori (Categorized).


5. Ciri-ciri (properties) penting untuk objek adalah Name. Ia digunakan untuk merujuk kepada objek tertentu terutama ketika membuat aturcara. Satu format/imbuhan depan nama telah dicipta untuk merujuk kepada objek tertentu.


6. Nama untuk objek perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

- Boleh terdiri sehingga 40 karakter
- Mesti bermula dengan huruf (tak boleh bermula dengan nombor)
- Hanya boleh terdiri dari huruf, nombor dan underscore (_) sahaja.

AKTIVITI 1: MENYEDIAKAN ANTARAMUKA – APLIKASI PAPARAN NAMA DAN UMUR

1. Buka projek baru. Projek ini meminta pengguna memasukkan nama dan umur, apabila butang ditekan, nama dan umur dipaparkan semula.

2. Letakkan 3 label, 2 textbox dan 1 command button di atas borang seperti di bawah. Pindahkan objek dan tentukan saiz setiap objek seperti di bawah.

1.6 Meletakkan objek/kawalan pada borang(form)

1. Klik objek pada Toolbox, gerakkan mouse ke Form Window.

2. Kursor akan berubah menjadi bentuk silang (crosshair). Letakkan kursor silang pada sudut atas kiri objek yang hendak diletakkan.

3. Klik butang kiri mouse dan hold sambil seret (drag) kursor ke bawah-kanan.

4. Lepaskan butang mouse setelah mendapat saiz objek yang dikehendaki. Objek yang dikehendaki telah pun diletakkan.

5. Untuk menggerakkan objek yang diletakkan, klik objek pada Form Window dan seret ia ke tempat/sasaran baru. Lepaskan butang mouse.

6. Untuk mengubah bentuk/saiz objek, klik pada objek untuk memaparkan kawalan ubahan objek. Gunakan kawalan ini untuk mengubah saiz objek.


1.5 Paparan-paparan (windows) pada antaramuka VB

1. Paparan utama (Main Window) mengandungi title bar, menu bar dan toolbar.
  • Title Bar : memaparkan nama projek, mod operasi Visual Basic dan borang(form) sedang beroperasi.

  • Menu Bar : mempunyai menu jatuh-bawah (drop-down menu) dari antaramuka VB.

  • Toolbar : mempunyai ikon yang memaparkan shortcuts beberapa menu.



2. Form Window – Paparan utama dalam membina aplikasi VB. Di sinilah sesuatu rekabentuk dibuat.



3. Toolbox – mengandungi objek / kawalan yang akan digunakan dalam aplikasi


4. Properties Window – digunakan untuk menetapkan nilai awal untuk objek. Kotak jatuh-turun (drop-down) pada bahagian atas paparan menyenaraikan semua objek dalam borang(form).

Dua jenis susunan paparan disediakan : Mengikut Turutan Huruf (Alphabetic) dan Mengikut Kategori (Categorized).

Di bawah kotak itu terdapat ciri-ciri sedia ada untuk objek tertentu/dipilih.

5. Form Layout Window – memaparkan di mana borang (form) akan dipaparkan berbanding dengan skrin monitor anda.

6. Project Window – memaparkan senarai semua borang(form) dan modules yang digunakan untuk aplikasi yang sedang dibina. Anda boleh memilih samada memaparkan Paparan Form atau Code (aturcara) dari Project.

1.4 Mula menggunakan Visual Basic 6.0

1. Jalankan (Run) program Visual Basic 6.0. Paparan berikut akan kelihatan.

Paparan tersebut mempunyai 3 tab:

New : Membuat projek baru
Existing : Untuk mencari projek sedia ada
Recent : Untuk membuka projek yang sering digunakan


2. Untuk membuat projek baru, pilih tab New dan pilih ’Standard EXE’ dan klik Open. Paparan berikut akan kelihatan.

Saturday, June 13, 2009

1.2 Langkah-langkah dalam Membina Aplikasi

Terdapat 3 langkah asas untuk Membina Aplikasi Visual Basic:

- Melukis antaramuka pengguna
- Menentukan ciri-ciri (properties) objek / kawalan
- Menentukan/menulis kod pada objek / kawalan


1.3 Melukis antaramuka pengguna dan menentukan ciri-ciri (properties).

Visual Basic beroperasi dalam 3 mod

- Mod Rekabentuk : digunakan ketika merekabentuk aplikasi
- Mod Lari (Run) : digunakan untuk melarikan / menjalankan aplikasi
- Mod Berhenti (Break) : aplikasi terhenti sementara dan debugger boleh digunakan

Tuesday, June 9, 2009

1.0 Apa itu Visual Basic?

Visual Basic (Beginners All-Purpose Symbolic Instruction Code) adalah suatu bahasa pengaturcaraan yang memboleh sesebuah aplikasi dibuat dalam Microsoft Windows. Ia menggunakan metod GUI (Graphic User Interface) yang mudah difahami. Di dalam kursus ini, version VB yang digunakan ialah Visual Basic 6.

Berikut adalah beberapa istilah Visual Basic (VB) yang biasa digunakan.

  • VB IDE (Integrated Development Environment) yang membolehkan anda mencipta aplikasi Visual Basic standalone yang boleh digunakan melalui format fail EXE.


  • Visual Basic for Application (VBA) adalah bahasa yang digunakan untuk menyatukan produk Microsoft Office contohnya ia mengaitkan Excel dan Word. Walaupun bahasa yang digunakan menyamai bahasa VB yang standard, ia mempunyai beberapa teknik tertentu yang perlu dipelajari sendiri.


  • VBScript adalah bahasa sebahagian daripada Visual Basic, dengan mempunyai arahan-arahan yang terhad, biasanya digunakan untuk aplikasi internet.

Struktur Aplikasi Visual Basic

Aplikasi (Projek) adalah terdiri daripada:


  • Forms : Tetingkap (Windows) yang digunakan oleh pengaturcara untuk membina antaramuka (interface).
  • Controls : Objek yang diletakkan di atas form untuk membenarkan interaksi dengan pengguna (text box, label, command button dll).
  • Properties : Setiap ciri-ciri pada form dan control ditentukan oleh properties. Contoh-contoh properties adalah name, caption, size, color. Visual Basic menentukan properties asal (default). Properties ini boleh ditukar pada masa rekabentuk (design time) atau masa jalan (run time).
  • Methods : Prosedure sedia-bina (built-in) yang boleh dikenakan pada objek bagi melakukan aksi-aksi tertentu.
  • Event Procedure : Aturcara yang berkait dengan objek. Ia akan dijalankan apabila sesuatu event berlaku.
  • General Procedure : Aturcara yang tidak berkait dengan objek. Ia mesti dikenakan oleh aplikasi.
  • Module : Gabungan antara general procedure, pengisytiharan pembolehubah (variables declaration) dan pendefinisian konstan (constant definition) yang digunakan oleh aplikasi.

Thursday, May 28, 2009

Makluman Kursus VB

Tarikh : 16 Jun 2009 - 18 Jun 2009
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik C401 JKE POLISAS

Senarai Peserta
1. Azura binti Ahmad
2. Faizah binti Amir
3. Fazlina binti Yunus
4. Nor Hamiza bint Ghazali
5. Herlina binti Miur Zabidin
6. Lian Ai Fang
7. Masturina Natalia binti Mohd Nor
8. Maziatun Binti Mohamad Mazlan
9. Mohd Sharif bin Zakaria
10. Najidah binti Zakaria
11. Nor Sarina binti Osman
12. Noran Hairul Arifin bin Abdullah
13. Norila binti Mat Zan
14. Norliza binti Kassim
15. Norzalinawati Bt Zaini
16. Norzelan bin Salleh
17. Nurulhuda binti Abdul Rahman
18. Rofingah binti Selamat
19. Sharmiza binti Kamarudin
20. Siti Norlida binti Ismail
21. Suziyana binti Yaacob
22. Thean Soon Fatt
23. Wan Roslina binti Wan Musa
24. Nurul Aziyana binti Kamarudin
25. Hazila binti Abdullah @ Hassim
26. Noraini binti Mohamat Sharif
27. Mohd Faiz Husny bin Yusof

" Selamat Berkursus "