Download Nota Kursus VB

Kepada semua peserta kursus, anda boleh memuatturun nota dalam bentuk PDF pada link dibawah klik di sini ---> Kursus Visual Basic 6.pdf Tambahan Nota untuk Database Ringkas dalam VB - Database in Visual Basic.pdf

Sunday, June 14, 2009

1.7 Menetapkan Properties untuk Objek pada Mod Rekabentuk

1. Setiap borang(form) dan objek mempunyai ciri-ciri(properties) tersendiri apabila anda memulai sesuatu projek. Terdapat 2 cara untuk memaparkan properties objek:

a) Klik pada Objek pada Form dan kemudian klik pada button Properties Window pada ToolBar.

b) Klik pada Properties Window dan kemudian Klik pada kotak Object pada Properties Window.

2. Kotak jatuh-turun (drop-down) pada bahagian atas Properties Window adalah kotak Object. Ia memaparkan nama untuk setiap objek dalam aplikasi serta jenisnya.


3. Setelah memilih objek, properties untuk objek tersebut akan terpapar. Properties boleh diubah dengan menaip nilai baru atau memilih dari pelarasan (setting) sedia ada.

4. Properties boleh dipaparkan melalui dua paparan : Mengikut Turutan Huruf (Alphabetic) dan Mengikut Kategori (Categorized).


5. Ciri-ciri (properties) penting untuk objek adalah Name. Ia digunakan untuk merujuk kepada objek tertentu terutama ketika membuat aturcara. Satu format/imbuhan depan nama telah dicipta untuk merujuk kepada objek tertentu.


6. Nama untuk objek perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

- Boleh terdiri sehingga 40 karakter
- Mesti bermula dengan huruf (tak boleh bermula dengan nombor)
- Hanya boleh terdiri dari huruf, nombor dan underscore (_) sahaja.

No comments:

Post a Comment