Download Nota Kursus VB

Kepada semua peserta kursus, anda boleh memuatturun nota dalam bentuk PDF pada link dibawah klik di sini ---> Kursus Visual Basic 6.pdf Tambahan Nota untuk Database Ringkas dalam VB - Database in Visual Basic.pdf

Sunday, June 14, 2009

1.5 Paparan-paparan (windows) pada antaramuka VB

1. Paparan utama (Main Window) mengandungi title bar, menu bar dan toolbar.
  • Title Bar : memaparkan nama projek, mod operasi Visual Basic dan borang(form) sedang beroperasi.

  • Menu Bar : mempunyai menu jatuh-bawah (drop-down menu) dari antaramuka VB.

  • Toolbar : mempunyai ikon yang memaparkan shortcuts beberapa menu.



2. Form Window – Paparan utama dalam membina aplikasi VB. Di sinilah sesuatu rekabentuk dibuat.



3. Toolbox – mengandungi objek / kawalan yang akan digunakan dalam aplikasi


4. Properties Window – digunakan untuk menetapkan nilai awal untuk objek. Kotak jatuh-turun (drop-down) pada bahagian atas paparan menyenaraikan semua objek dalam borang(form).

Dua jenis susunan paparan disediakan : Mengikut Turutan Huruf (Alphabetic) dan Mengikut Kategori (Categorized).

Di bawah kotak itu terdapat ciri-ciri sedia ada untuk objek tertentu/dipilih.

5. Form Layout Window – memaparkan di mana borang (form) akan dipaparkan berbanding dengan skrin monitor anda.

6. Project Window – memaparkan senarai semua borang(form) dan modules yang digunakan untuk aplikasi yang sedang dibina. Anda boleh memilih samada memaparkan Paparan Form atau Code (aturcara) dari Project.

2 comments:

  1. ermmm boleh x sy nk software VB.NET..
    puas da sy cr kt internet..x jumpe
    lattop sy x lh nk istall vb6 nie...tlg ye

    ReplyDelete
  2. klu dpt sent kt email sy lh..athirah.nabila@yahoo.com

    ReplyDelete